Penaja

Monday, October 1, 2007

Melaka Bandaraya Bersejarah




Memang sesuatu pengalaman yang menyeronokkan bila berpeluang berada di Melaka Bandaraya Bersejarah. Peluang datang menggolek bila saya dihantar bertugas di Jalan Banda Kaba, Melaka selama hampir sebulan. Kata orang bagai bulan jatuh ke riba, kerana diwar-warkan dengan betapa indahnya Bandaraya Melaka, Kota bersejarah.




1) Hari pertama tiba, hari Ahad, berhenti di Jalan Hang Tuah, memang dihias cantik dan tempat letak kereta yang tersusun. Selepas meletak kerata di petak disediakan saya bergegas ke HSBC Bank yang tersergam indah di situ untuk membayar bil kad kredit yang belum sempat dilangsaikan semasa berada di KL. Pertama pertama yang memeranjatkan saya ialah bila terpandang wiper kereta terselit satu surat. Setelah dibuka, .. alamak surat saman..belek punya belek, tak jumpa apa sebab disaman, hanya mesti dibayar RM30 dalam masa 14hari. Saya tanpa lengah mencari dimana pegawai yang meletak saman untuk bertanya apa kesalahan saya, namun tak ada. Cari pondok baryaran pun tak ada, papan tanda yang mengatakan petak kereta ini berbayar walaupun hari Ahad pun tak ada...saya dah mula bengang dengan PBT Melaka ni. Dalam lalu lalang mencari tempat membayar saman tu ternampak, tulisan iklan kat salah sebuah kedai di situ..."kad kupon bayaran letak kereta ada dijual di sini", baru saya faham, ni saman tak bayar petak letak kereta la ni...awatlah tempat sikit punya cantik, tarikan pelancong, papan kenyataan makluman untuk pelancong luar cara meletak kereta pun tak ada. Jadi saya ke sebuah kedai di situ bertanya, mana saya nak bayar ni. Mereka menjawab, tunggu esok encik hari ini pejabat tak buka. Habis kalau saya datang dari KL, nak balik hari ini juga macam mana, maknanya nak kena sambung satu hari lagi la untuk membayar saman. alangkah tak rasionalmya PBT Melaka Bandaraya bersejarah ni, atau dengan kata lain tak mesra pelancong. Saya tanya lagi mana pejabat yang saya nak bayar esok?, mereka jawab kat Air Keroh...




2) Saya menyewa sebuah apartmen di Melaka Raya, tepi laut, airnya gelap gelita tak macam laut, tak mengapa lah saya ke sini bukanya nak mandi laut. Pukul 11 malam tidur, nyenyak juga. Tibab-tiba saya dikejutkan dari tidur dengan bunyi muzik yang kuat dari arah mana saya pun tak tahu, tengok jam dah 3 pagi. Saya berleter dalam hati, hai kuatnya bunyi muzik ni, dah lah kuat sampai jam 3 pagi masih rancak lagi. Ni acara halal ke haram ni. Kalau halal mengapa PBT Bandaraya ni begitu bermurah hati terhadap premis yang tak mesra jiran ni. Kalau Haram, mengapa tak kawal hingga menjejaskan orang lain.