Penaja

Friday, August 31, 2007


Pengalaman berurusan dengan hospital di Malaysia ini cukup menarik. Kalau di hospital swasta perkhidmatanya tip top, segalanya diuruskan oleh hospital. Makannya ikut selera, doktornya saban minit datang bertanya khabar, buat checking dan bartanya sekiranya ada apa-apa pertolongan diperlukan. Boleh kata walaupun dihospital, macam rasa berada dihotel, sedang bercuti.


Pengalaman 1

Anak ketiga saya masih lagi di bawah perlindungan syarikat kerana di bawah 21 tahun, bila dia sakit kami menghantarnya ke hospital swasta berdekatan dengan kediaman kami. Layanan nya tip top dari mula mendaftar, pemeriksaan doktor pakar, masuk ke wad dan urusan antara hospital pakar diuruskan oleh doktor sendiri, cepat dan efisyen. Yang tak enaknya bila keluar hospital, tengok bilnya...mujurlah syarikat yang bayar.


Pengalamn 2

Anak sulong saya dah melebihi 21 dan perubatannya tidak lagi dilindungi oleh syarikat, jadi saya menghantarnya ke kelinik gigi kerajaan. Dia sakit gigi hari jumaat petang yang tentunya kelinik dah tutup dan juga kes ini bukan dalam kategori KECEMASAN. Hari Ahad gusinya mula membengkak, hari Isnin dah satu muka bengkak. Jadi Isnin tu pagi-pagi lagi saya hantar ke kelinik tersebut. Disebabkan saya tidak mendapat cuti kecemasan, saya meminta anak saya yang ketiga menemaninya. Dari sebelum jam 8 telah berada kelinik doktor hanya dapat attend anak saya jam 10 yang iringi dengan syarahan yang tak sepatutnya disebut oleh seorang doktor kepada pesakit "hari ini baru datang, kenapa tak datang minggu depan?, saya tak boleh buat apa-apa, nanti saya refer awak ke doktor pakar di Hospital Serdang". Dengan tidak berbuat apa-apa, tiada ubat tahan sakit, selain dari menyembur anak saya dengan amarahnya, anak saya diarahkan ke hospital serdang yang jauhnya lebih kurang 10km dari situ.


DiHospital Serdang pulak, tak ada papan tanda kelinik gigi, melilaulah saya membawa anak mencari tempat yang betul. Dengan tanya sana-tanya sini baru tahu memang tak adakelinik gigi di Hospital Serdang. Saya diminta mendaftar dipintu masuk, hingga jam hampir 11 baru dapar mendaftar dan anak saya dihantar ke kelinik bedah mulut. Tunggulah depan kelinik bedah mulut tu hingga jam 4 petang baru dapat masuk jumpa doktor. Doktor Serdang memberi layanan baik dan boleh dibangakan sebagai doktor kerajaan, bahkan saya juga naik kesian dengan doktor, hadapi pesakit non-stop, dialah doktor bedah, dialah doktor klinik, dialah doktor kat wad, kebetilan pulak masa tu ada mesyuarat khas doktor, jadi terpakalah baru pukul 4 dapat menemui anak saya. Doktor cuma memberi ubat tahan sakit, dan kalau masih tak berubah, barulah tindakan seterusnya akan di ambil. Alhamdulillah selepas makan ubat yang diberikan doktor, dengan izin Allah dalam sehari bengkaknya semakin kecut dan hari keduanya sakitnya dah hilang dan kembali seperti biasa hingga sekarang dah hampir 5 bulan. Doktor memberi tarikh temu janji 1 bulan selepas itu, tapi saya phobia nak bawa anak saya ke hospital kerajaan lagi. Apa yang saya kesalkan ialah sikap doktor gigi di kelinik berhampiran rumah saya ini...dahlah ubat tidah diberi, anak saya yang sedang menahan sakit (pernah rasa tak macam mana sakit gigi?) diserang dengankata-kata yang menyakitkan. Pada saya kalaulah doktor gigi tersebut beri dulu ubat tahan sakit, tidaklan anak saya menderita hingga jam 5petang itu.


KALAULAH SEMUA HOSPITAL DI NEGARA INI, KERAJAAN ATAU SWASTA, SEPERTI HOSPITAL SWASTA, ALANGKAH INDAHNYA DUNIA KITA