Penaja

Saturday, July 21, 2007

Musim balik kampung bakal menjelang lagi

Dah hampir setahun berlalu musim raya, kini bakal menjelang lagi. Selepas Rejab, Syaaban dan Ramadzan akan menjelang. Yang menggerunkan kita bila datangnya musim itu, selain detik indah yang kita impikan, ada suasana yang tidak diingini, terjadi. Saya merujuk kepada data-data bilangan kemalangan yang sering terjadi. Setiap tahun bertambah walaupun bilangan OPS SIKAP tak pernah berkurang.


Sebenarnya setiap orang mesti bertanggung jawab, pihak berkuasa bertanggung jawab, pemandu bertanggung jawab, penyelenggara jalan atau lebuhraya bertanggung jawab. Penyelesaian mesti di laksanakan oleh semua pihak. disini saya sebagai pengguna tetap jalanraya hanya ingin menyetuh tentang sikap sebahagian pemandu di Malaysia ini. Pertama: mementingkan diri sendiri, sebagai contoh semasa jalan sesak, ada sebahagian pemandu menambahkan lagi keadaan sesak dengan mencipta jalan baru atau memotong Q. Selain dari jalan bertambah sesak, aktiviti memotong q juga membuatkan pemandu lain menjadi stress yang membawa kepada masaalah lain seperti sakit jantung, hilang pertimbangan, geram, mengucapkan kata-kata yang tak bermoral dan sebagainya. Sampai bila kah sikap pemandu ini akan berdisiplin, tak tahu lah. Kedua: memandang enteng undang-undang jalan raya, contohnya lampu merah. Kalau kita amati, sebahagian pemandu kita tak kisah undang-undang, lampu merah pun dilanggarnya dengan selamba saja. Begitu juga dengan garisan berkembar di selekoh-selekoh tajam, itu pun dengan senang hati di langgarnya. Ketiga: Suka memandu laju, contoh yang senang dilihat dilebuhraya. Tak kira lah kereta ke, lori ke, bas ke treler ke hampir semuanya melebihi hadlaju. Pengalaman saya dilebuhraya KL Seremban ke arah Bangi, hadlajunya 90km sejam hingga ke toll Bangi. Saya memandu lorong kedua kerana had laju saya antara 90km/jam ke 100km/jam (kira melebihi hadlaju jugalah). Datang bas express dengan laju dari belakang, dim lampu meminta saya ke tepi. Saya buat degil sebab kelajuan saya ni pun dah melebihi had laju lebuh raya antara Sg Besi dengan Bangi. Apa bas tu buat, bila sebelah kiri saya kosong dia potong kereta saya ikut kiri sambil membunyikan hon, marahlah kononnya dan terpampanglah had laju bas tersebut TIDAK MELEBIHI 90km DILEBUH RAYA.
Dengan 3 contoh tadi saya masih ragu untuk menghadapi musim indah hari raya nanti jika semua pihak masih mengekalkan sikap yang di amalkan sebelum ini. Akan ada yang menagis kerana kehilangan keluarga, akan ada yang merintih kerana kecederaan yang di alami, akan ada kawan-kawan yang hilang kenderaan kerana berada dalam workshop...FIKIR-FIKIRLAH, marilah sama-sama membina DUNIA yang INDAH

Wednesday, July 18, 2007

UKM Tug of War


15 January 2007


Sempena musim konvokasyen UKM telah di adakan acara tarik tali (TUG OF WAR) terbuka dan antara Universiti yang cukup meriah dan mendebarkan. Peserta yang datang dari jauh dan dekat, mewarnai acara hari itu. Persaingan yang sihat dan membina minda begini sepatutnya mengindahkan lagi dunia kita, kehidupan kita.