Penaja

Sunday, December 13, 2009

Walimatul urus

Hari ini sempat dua majlis sahaja, satu majlis untuk kawan sepejabat di Cheras Perdana, Kajang dan yang lagi satu kawan sepermainan sejak kecil, satu sekolah, satu rumah sewa dan hari ini meraikan perkahwinan anak sulung beliau. Ahmad Danial, kawan sejak kanak-kanak kini bertugas sebagai pegawai tinggi Kastam di Putra Jaya. Satu-satunya anak perempuan beliau, yang lain semua laki-laki berkahwin dengan pasangannya dari Johor Bahru. Minggu depan akan berangkat ke JB sebelah lelaki. Dan hari ini juga mendapat peluang berjumpa kawan-kawan lama, Zalaluddin Abdullah yang juga bertugas di Putra Jaya (MOSTI), Hj Ismail Ishak HR TM ibupejabat, Ustazah Hajah Azizah dan suamimya Haji Darami, pesara TM dan Nasir Che Long bisnesman bersama isterinya kawan sekolah kami juga Kamariah. Ye lah memang seronok, boleh bersembang kisah-kisah masa remaja...nakal juga mereka ni dulu.

No comments:

Post a Comment