
Dengarnya laman jaringan ini akan ditukar konsepnya kepada e-dagangan. Friendster mula dikenali pada 2002 apabila digunakan secara meluas untuk berkongsi video, foto dan mesej sebelum popularitinya dicabar oleh kemunculan pesaing terdekatnya seperti Facebook.
Di bawah perjanjian baru itu, Friendster yang diambil alih oleh MOL Global akan bergabung dengan firma pembayaran secara dalam talian MOL Acces Portal.
Friendster kini memiliki 75 juta pengguna berdaftar dengan 90 peratus datangnya dari Asia manakala MOL mempunyai 500,000 saluran rangkaian fizikal dan maya di 75 buah negara bagi mengutip bayaran untuk kandungan dan perkhidmatan. Sementara itu, Ketua Eksekutif MOL, Ganesh Kumar Bangah berkata, penggabungan itu akan membenarkan laman tersebut melalui transformasi kepada gabungan laman sosial media kepada saluran pemasaran dalam talian.
Katanya, laman itu akan dilengkapkan dengan platform pembayaran berintegrasi yang turut menawarkan permainan, bahan-bahan menarik dan muzik.
Perjanjian itu terbentuk setelah dua syarikat berkenaan membuat pakatan perniagaan pada Oktober lalu yang mana MOL telah dilantik untuk menyediakan platform pembayaran berintegrasi untuk perkhidmatan e-dagangan Friendster. Dua perkhidmatan itu adalah dari Friendster Wallet dan Friendster Gift Shop yang membenarkan pengguna laman membeli hadiah secara maya untuk rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment