Penaja

Saturday, February 28, 2009

Entertaiment: Cucu P.Ramlee

Najua anak kepada Nasir dan merupakan cucu kepada Allahyarham P. Ramlee seorang pelakon teater dan tidak terkenal didunia tv dan filem. Dalam teater terbaru Rosminah Tahir Najua Nasir P. Ramlee di amanahkan membawa watak Cikgu Munah dalam teater bertajuk Ibu Zain. Menurut cerita, mulanya Najua hanya ingin berlakon memegang watak biasa sahaja dimana pertama kali menyertai Muzikal Ibu Zain itu dia hanya dipanggil untuk sesi fotografi sebagai kaum ibu. Memang rezki Najua dari watak biasa-biasa yang perlu menyanyikan korus lagu, terus mendapat kepercayaan pengarah untuk membawakan satu watak yang ada nama iaitu cikgu Munah, seorang yang kelakar dan kepoh.
Antara teater yang pernah dijayakan Najua ialah Opera Ayu Chendana, Dari Bintang Ke Bintang dan Muzikal Tok Rimau. Najua juga turut aktif dalam bidang nyanyian dan terbaru menyertai kumpulan Linda jasmine isteri kepada QueHaidar yang baru melangsungkan perkahwinan beberapa minggu lalu. Selain itu Najua juga turut menyanyi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Taman Budaya dan ASWARA. Lagu yang dia suka seperti lagu-lagu lama seperti lagu rentak ghazal juga lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee. Sebelum ini, Najua mempunyai satu album tetapi gagal dipasaran.
(Sedutan asal dari MStar Online)

No comments:

Post a Comment