Penaja
Friday, January 28, 2011
Saturday, December 11, 2010
Uniform Galeri membeli belah untuk persekolahan


Sabtu lalu 4 Disember sebuah lagi stor jualan keperluah persekolahan telah diuka di Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tema Bandar Baru Bangi Banndar Ilmu, kewujudan banyak kedai buku dan keperluan sekolah dialu-alukan. Bertempat di kawasan perniagaan yang baru dibuka usahasama PKNS dengan Glomac ia sangat sesuai kerana lokasi ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi. Kedai ini telah diusahakan oleh saudara Roslan yang banyak pengalaman dalam perniagaan kedai buku dan peralatan sekolah. Selain dai Uniform Galeri ini beliau telah mempunyai cawangan di Bangi Utama dan Puchong.
Perasmian Uniform Galeri Glomac Bangi ini telah dirasmikan oleh Datok Abd Karim, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4/5 Bandar Baru Bangi dimana sdr Roslan merupakan ahli PPS4/5.
Wednesday, December 8, 2010
Maal Hijrah 1432

Wednesday, November 24, 2010
Technology update: Android operating system
Android is a mobile operating system initially developed by Android Inc., a firm purchased by Google in 2005. Android is based upon a modified version of the Linux kernel. Google and other members of the Open Handset Alliance collaborated to develop and release Android to the world. The Android Open Source Project (AOSP) is tasked with the maintenance and further development of Android. Unit sales for Android OS smartphones ranked first among all smartphone OS handsets sold in the U.S. in the second and third quarters of 2010, with a third quarter market share of 43.6%.
Android has a large community of developers writing application programs ("apps") that extend the functionality of the devices. There are currently over 100,000 apps available for Android. Android Market is the online app store run by Google, though apps can be downloaded from third party sites (except on AT&T, which disallows this). Developers write in the Java language, controlling the device via Google-developed Java libraries.
The unveiling of the Android distribution on 5 November 2007 was announced with the founding of the Open Handset Alliance, a consortium of 78 hardware, software, and telecom companies devoted to advancing open standards for mobile devices. Google released most of the Android code under the Apache License, a free software and open source license.
Tuesday, November 9, 2010
AlSultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Ini menunjukkan sikap Tawadak KDYMM Tuanku yang begitu memberi perhatian kepada agama,” kata Abdul Halim dalam kenyataan di sini hari ini.
Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa yang akan ke Mekah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka pulang ke tanah air pada 23 Nov ini, katanya. (Bernama)
Sunday, November 7, 2010
Technology: HSDPA
High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) is a mobile telephony protocol, also referred to as 3.5G (or usually call it "the next step for 3G") technology, which provides a smooth evolutionary path for UMTS-based 3G networks allowing for higher data transfer speeds, up to 14.4 Mbit/s per cell in the downlink and 2 Mbit/s per cell in the uplink.
An evolution of the W-CDMA standard, HSDPA achieves the increase in the data transfer speeds by defining a new W-CDMA channel: a high-speed downlink shared channel (HS-DSCH) that operates in a different way from existing W-CDMA channels and is used for downlink communications to the mobile.
Sunday, October 31, 2010
Sejarah tercipta...
Semasa pulang ke Kelantan Jumaat lalu saya berselisih dengan rombongan penyokong WiraMerah berduyun mengarah ke KL. Semangat berkobar-kobar dengan bendera-bendera Kelantan..., dalam hati saya ni kalau menang rioh satu Malaysia ni. Ini baru yang berada di Kelantan ke Bukit Jalil, apalagi warga Kelantan yang berada disegenap cerok semenanjung. Orang Kelantan ni lain macam semangat kenegerian mereka, termasuk saya...30tahun tinggal di Selangor, tapi semangat kenegerian tu kuat tambah lagi isteri orang N9, dua kali lawan akhir dua kali bertegang leher.... Tapi dia tetap bangga bila Kelantan menang 2-1, bahkan dia yang berlebih-lebih "happy".
Dengarnya kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan cuti peristiwa hari ini (31October) sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors ini menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi. Seronok la orang penjawat jawatan kerajaan negeri Kelantan boleh sambung tinggal di KL sehari lagi. Saya pun nak ucap tahniah banyak-banyak kepada pasukan bola WiraMerah yang telah bekerja keras memenangkan Kelantan menentang N9. Tahniah jiga kepada presiden KAFA TS Anuar Musa yang tak jemu-jemu menyuntik semangat. Tahniah juga kepada penyokong Wira Merah, kepada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang memberi sokongan hebat kepada bolaseak Kelantan.
Kemenangan semalam telah menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala ini musim lepas 2009, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57. Mohd Badri Mohd Radzi telah menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad yang telah mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan jika berjaya ke saingan peringkat akhir.
Monday, October 25, 2010
Penerima Anugerah Pesta Filem Malaysia 2010
Filem Terbaik: Magika
Pengarah Terbaik: Syamsul Datuk Yusof Haslam (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Terbaik: Bront Palaras (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz Raja Ahmad (Niyang Rapik)
Lakon Layar Terbaik: Jumaatun Azmi (Haq)
Cerita Asal Terbaik: Ahdiat Akashah (Lagenda Budak Setan)
Penyunting Terbaik: Hisham Jupri/Syamsul Datuk Yusof Haslam (Evolusi KL Drift 2)
Skor Muzik Asal Terbaik: Edry Abdul Halim
Filem Dokumentari Terbaik: Suatu Ketika: Laskar Seni
Filem Animasi Terbaik: Buas
Filem Pendek Terbaik: Projek Genex
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johari Ibrahim
Anugerah Khas Pelakon Wanita: Datuk Sarimah Ahmad
Anugerah Khas Pelakon Veteran Lelaki: Tamam Idris
Anugerah Filem Box-Office: Adnan Sempit
Seniman Dalam Kenangan: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmood
Friday, October 22, 2010
Fitnah lebih dasyat dari membunuh...
Kecoh di Indonesia perihal artis-artis terkenal di sana terlibat dalam pornografi....berzina dan merakam perzinaan dan menyebarkan dalam alam maya. Sungguh dasyat fitnah akhir zaman ini. Salah seorang yang dikaitkan dengan melakukan porno ialah selebriti Cut Tari yang dikaitkan dengan Ariel dari kumpulan yang sedang meniti polulariti bukan saja di Indonesia malah di Malaysia, Brunai dan Singapura, Peterpan. Sedang mereka popular, timbul isu pornografi ini, langsung dikatakan ada usaha menjatuhkan Ariel, Cut Tari dan seorang lagi selebriti Luna Maya. Dikatakan video berdurasi lebih kurang 7minit ini tidak sejelas mana dan tidak boleh dijadikan bukti bahawa mereka benar-benar berzina, kemungkinan ada pihak-pihak lain yang berkepentingan melakunkan babak ini dengan mengambil pelakon yang seiras mereka. Sebenarnya sesiapapun tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.Akibatnya artis yang dikaitkan mempunyai hubungan terlarang dengan Ariel Peterpan ini, iaitu Cut Tari mengalami gangguan kesihatan dan dimasukkan ke hospital. Kini Cut Tari telah berada dalam keadaan stabil selepas ditahan sejak 17 Oktober lalu. Cut Tari dilaporkan mengalami gangguan di perut sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital oleh suaminya untuk mendapatkan rawatan segera. Khabarnya Cut Tari turut bimbang mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Ariel selepas penyanyi itu dipindahkan dari penjara di Jakarta ke Bandung, Rabu lalu. Cut Tari juga dikatakan berdebar kerana takut turut diheret ke penjara sama seperti penyanyi lelaki itu namun dia tidak mengaku terlibat sebagai individu yang melakukan zina dengan Ariel.
Thursday, October 21, 2010
Kelantan, Johor ada harapan ke Final
Agak mengaibkan pasukan NS juara musim lalu, bila satu pasukan berstatus kelab iaitu Johor FC berjaya menewaskan dengan 1-0 di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, malam tadi. Gol jaringan Johor FC pada saat-saat terakhir oleh Mohd Ezaidy Mohd Khadar melenyapkan terus kemeriahan Stadium Tuanku Abdul Rahman yang menaruh harapan tinggi terhadap juara bertahan Piala Malaysia 2009 itu.
Kelantan pula walaupun tidak berjaya menundukkan tuan rumah Kedah namun telah berjaya mengekang tuan rumah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, dengan seri 0-0. Walaupun Kedah bermula dengan garang pada separuh masa pertama namun gagal menyempurnakan peluang sepakan di luar kotak penalti dan diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan. Separuh masa kedua Kelantan pula mengasak kubu tuan rumah Kedah namun beberapa percubaan gagal disempurnakan dengan baik. Namun perlu dingat bila Kedah berada dikubu Kelantan jika salah perkiraan Kedah juga bakal mengiringi Selangor dengan 3-0. Syabas kepada Johor FC dan kekalkan kemenangan semasa berlawan ditempat sendiri dipusingan kedua nanti, jangan memalukan orang kampong.
