Penaja

Wednesday, July 15, 2009

Komando Shamsul Maarif di Manek Urai

Saya terbaca dalam Bulletin Online, dan merenung foto seseorang yang lama saya tak jumpa, mungkin menghampiri 20 tahun, tapi saya masih cam, dia sahabat saya masa sekolah menengah dahulu, kemudian beliau menyertai tentera dan diberitahu oleh kawan-kawan sebagai komando. Tiba-tiba berita terakhir yang saya baca beliau turut berkempen untuk abang Uji di Manek Urai. Di beritakan beliau seorang yang istiqomah, unik, berbakat dan tidak pernah dipamerkan oleh mana-mana pemimpin PAS peringkat bawahan. Panggilan warga Laloh sebagai Abang Mat Komando atau nama sebenarnya Mat bin Tapa, beliau juga Ketua Unit Peti Undi atau Daerah Mengundi Kampung Laloh, Manek Urai. Kerja beliau sekarang membuka kedai runcit di tepi Jalan Kuala Krai Kota Bharu lebih tepat di Pekan Laloh. Sebab beliau memang bekas komando jadi nama ‘Komando’ yang digelar orang kepadanya bukan sengaja direka-reka atau di minta olehnya supaya orang memanggilnya demikian. Beliau adalah bekas anggota 22, Komando yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka pada 10 tahun yang lalu. Kini sambil berniaga beliau aktif berdakwah dan berkempen dalam PRU ini dengan gaya yang unik dan tersendiri. Saya masih ingat masa di sekolah Menengah dahulu beliau selalu menyertai program syarahan, debat, bersajak dan lain-lain, jadi untuk bercakap depan orang ramai adalah sangat mudah bagi beliau.

Sunday, June 7, 2009

Le Tour de Langkawi 2009

Sesekali berubah angin, berehat dan santai bersama famili. Kali ini ke utara tanah air. Bertolak dari Bangi pagi Jumaat dan bermalam di Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Lagenda itu.
Diapit oleh anak-anak tersayang di dalam feri dari jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah


Bersama keluarga berlatar belakangkan Menara Alor Setar..

Masjid Zaher Alor Setar



Saturday, June 6, 2009

Kelantan Hebat: Dr Abu Hasaan

Saya petik artikel tentang Dr Abu Hasaan, anak Kelantan yang sentiasa muncul di kaca TV bila ada program berbentuk bual bicara. Beliau salah seorang panel favourite Rosham Nor dalam "fenomena Seni" TV1, namun sejak Dr Abu Hasan kerap bersama program Pakatan Rakyat semacam ada unsur-unsur GAM terhadap beliau. Jika betul ini berlaku amat tidak adil buat Dr Abu Hasan kerana beliau ahli akademik bukan ahli politik. Walaupun atas pentas Pakatan Rakyat beliau maintain ahli akademik dan pengkeritik kepada politik tanpa bias kepada mana-mana kumpulan. Dalam salah satu program HUJAH yang disiarkan di tv9, Dr. Abu Hassan telah memberi pukulan KO kepada salah seorang panel yang dijemput dalam program tersebut iaitu Raja Ahmad Zainudin, ADUN Kubu Gajah. Kalau melihat kepada situasi perbahasan, sebenarnya Raja Ahmad Zainudin bukanlah panel yang sesuai untuk berhujah secara ilmiah dengan Dr. Abu Hassan. Jikalau diperhatikan hujah yang dibawa Raja Ahmad Zainudin tiada fakta yang jelas dikemukakan, hanyalah omongan kosong dan hujahan yang membodek pemimpin atasan UMNO BN. Kebiasaaanya hujah yang di bawa oleh Dr. Abu Hassan memang penuh dengan fakta yang begitu menarik. Dalam hujah tersebut, Dr. Abu Hassan juga mengatakan kita selalu membandingkan tahap demokrasi dengan negara yang teruk, kenapa kita tidak membandingkan negara-negara yang baik tahap demokrasinya seperti Finland atau Sweden. Kenyataan itu cukup menggambarkan betapa daifnya pemikiran-pemikiran pemimpin UMNO BN. Manakala, hujah yang dibawa oleh Raja Ahmad Zainudin layaknya di kedai kopi sambil pakai kain batik sahaja dan tak lebih dari itu. Dalam satu program lain iaitu fenomena seni TV1 Dr Abu hasan pernah mengkritik secara berdepan dan LIVE cara berpakaian ahli penal masa itu iaitu Azwan Ali yang mengikut pandangannya tidak mencerminkan artis Melayu, Malaysia. Pada malam itu Azwan Ali memaki Subang telinga serta menunjukkan tingkahlaku tidak sepatutnya selain LAZER yang banyak menyusahkan orang lain.
Syabas kepada anak jati Ketereh Kelantan, teruskan perjuangan anda...

Keluarga pendidik

Keluarga saya keluarga pendidik, majoriti nya sebagai guru, ustaz, trainer dan sebagainya.. Saya bangga dan bersyukur kepada Allah kerana dianugerah karier sebagai pendidik kerana salah satu yang disebut rasulullah, akan sentiasa beroleh pahala walaupun individu itu telah meninggal dunia, salah satunya ialah guru yang mencurahkan ilmu yang boleh dimanafaat oleh muridnya.

Saya sendiri: Trainer kepada syarikat Koporat terbesar di Malaysia
adik, cikgu Che Abdullah Hj Jusoh(UKM): Guru sekolah Menengah di Kelantan
adik, Dr. Che Razi Hj Jusoh(UIA, Phd UM): Pensyarah UIAM, Gombak
anak kakak, Zurkartini Hj Yusoff (MPIK): Guru Sekolah Rendah Pulai Chondong, Kelantan
suami Zurkartiti, Mohd Amin(UM): Guru Penolong Kanan sekolah di Tanah Merah, Kelantan
anak kakak, Hj Zaidi Hj Yusoff(UTM): Pensyarah Politeknik Kota Bharu, Kelantan
anak kakak, Ustazah Zurida Hj Yusoff(Azhar, Mesir): Guru sekolah di Balik Pulau, Pulau Pinang
suami Zurida, Ustaz Hanafi Osman(Azhar, Mesir): Guru sekolah di Baling, Kedah
anak kakak, Zuharyati Hj Yusoff(UKM): Pensyarah Politeknik Melaka, Bandar Melaka
suami Zuharyati, Rusydi(UKM, Syria): Pensyarah Politeknik Melaka, Bandar Melaka
anak abang, Rahayu Che Ghani(MPT): Guru sekolah Menengah di Klang, Selangor
suami Rahayu(MPT): Guru Sekolah Menengah di Klang, Selangor
anak abang, Haslinda Ismail(MPT): Guru sekolah di Semenyih, Selangor
sepupu emak, Prof Madya Dr Mohd Zawawi Abdullah(Azhar): bekas pensyarah UKM
sepupu emak, Rohaizan Samad(UiTM): pensyarah Politeknik Kuantan, Pahang
sepupu emak, Rohainora Samad(Azhar): guru sekolah menengah di Ulu Klang, Selangor
sepupu emak, Hamzah Samad(MPIK): guru sekolah di Pasir Mas, Kelantan
anak sepupu, Che Rashid Che Musa(UKM): guru sekolah di Kelantan (begitu juga isterinya)
dua pupu, Fauziah Ahmad(UKM): guru sekolah menengah Bandar Baru Bangi, Selangor
dua pupu, Dr Syukri Ibrahim(UIA, Phd UK): Pensyarah UPM, Selangor
dua pupu, Dr. Mohd Zairi Husin(UM): Pensyarah universiti Sabah

Lain-lain?, tiada dalam rekod peribadi...

Kelantan Hebat: Cat bakal menjadi isteri...

Media perdana melaporkan CAT atau Catriona Ross, bakal bernikah pada 26 Jun ini. Sebagai orang Kelantan saya berbangga dengan pencapaian Cat dari segi lakonan, hidup dan bersahaja. Menceritakan pasal bakal suaminya Cat berkata, dia tertarik dengan ciri-ciri yang dimiliki Shaharuddin yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk terus bangun daripada trauma akibat kemalangan ngeri yang dialaminya pada April 2007. Kalau anda masih ingat Cat pernah mengalami kelamalngan ngeri di lebuh raya PLUS berdekatan Seremban pada tahun itu. Kemalangan itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan fizikal yang serious. Namun hasil kegigihan beliau berubat dan sokongan keluarga termauk bakal suaminya ini, kini Cat kembali seperti dulu. Cat khabarnya akan bernikah pada 26 Jun ini di kampongnya Teluk Baru, Kota Bharu. Menurut beliau majlis persandingan nanti akan bertemakan klasik dengan kombinasi ‘east meet west’ dan warna tema hijau dan maroon kerana bapa beliau berketurunan Scottish.

Friday, May 22, 2009

Dimana A Team sekarang?

Bila di imbau zaman dulu teringat satu siri TV popular yang saya tak boleh miss, The A Team. Cerita hero bekas askar Amerika yang bertugas di Vietnam disyakki melakukan jenayah yang mereka tak buat sentiasa diburu oleh Polis Tentera. Namun disebalik sebagai pelarian mereka berpadu tenaga membentuk A Team bagiembantu mereka yang teraniaya. Senjata mereka mudah sahaja, seperti juga McGiver, menggunakan bahan-bahan terbuang atau benda-benda disekeliling sahaja.
Mr. T (Sgt. Bosco "B.A." Baracus): Pelakon ini dilahirkan pada May 21, 1952, dengan trademark mohawk, rantai emas dan ungkapan lazim ialah "I pity the fool" dan takut menaiki kapal terbang. Mr. T sekarang tidak berlakun lagi bilamana siri-siri TV selain dari A Team yang beliau berlakon tidak mendapat sambutan. seperti siri "T. and T." Siri tersebut hanya bertahan 2 musim sahaja. Masaalah kesihatan kemudiannya membelenggu Mr T untuk terus aktif berlakun bila beliau di diagnosed mengidap cell lymphoma.
George Peppard (Col. John "Hannibal" Smith) Beliau aktif berlakon selain siri TV A Team. Antara filem beliau seperti "Breakfast at Tiffany's" with Audrey Hepburn, The Blue Max, The Bravos dan lain-lain. Pengenalan istimewa Goerge Peppard dalam siri ini laiah "cigar-chomping leader " dimana beliau sering meletakkan cerut dibibir bila operasi akan bermula. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1994 beliau sempat berlakon dalam siri TV Matlock.

Dwight Schultz (Capt. H.M. "Howling Mad" Murdock): Karektor gila-gila bahasa dalam A Team selalu dibuli oleh Mr T . Beliau masih berlakon terutama dalam siri movie Star dan memberkan suara dalam siri Spider-Man: Web of Shadows, FusionFall, Terminator Salvation: The Video Game dan lain-lain.

Dirk Benedict (Lt. Templeton "Faceman" Peck): Terakhir kita tidak lupa kepada hero menggoda A Team Dirk Benedict. Benedick juga berlakon sebagai Lt. Starbuck dalam Battlestar Galactica. Dalam A Team beliau berlakon sebagai Lt. Templeton "Faceman" Peck.
Kini selepas meninggalkan A Team beliau aktif teater dah pernah berlakon dalam teater Hamlet di Abbey Theater. Selain itu Dick juga berlakon siri TV lain seperti The Commish dan Walker, Texas Ranger.

Thursday, May 21, 2009

Sultan Kelantan Darul Naim

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra is the Sultan of Kelantan, Malaysia since March 30, 1980. His father is the previous sultan, Sultan Yahya Petra and his mother is Tengku Zainab. His wife is Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.

Together, the Sultan and Raja Perempuan have 4 children:


HRH Crown Prince Tengku Muhammad Faris Petra
HRH Tengku Muhammad Faiz Petra
HRH Tengku Muhammad Fakhry Petra
HRH Tengku Amalin A'Ishah Putri


Sultan Ismail Petra was born on November 11, 1949 in Kota Bharu, Kelantan. He was a son of Sultan Yahya Petra and Almarhum Raja Perempuan Zainab II Sultan Ismail's early education was at Sultan Ismail College, Kota Bharu .

Wednesday, April 22, 2009

Tahniah pasukan Piala FA Kelantan, RM30K menanti..

PEMAIN Kelantan dijanjikan habuan RM30,000 oleh kerajaan negeri sekira- nya berjaya membawa pulang Piala FA dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, hadiah yang ditawarkan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada semua pemain sekiranya menjuarai Piala FA. Menurutnya, kerajaan negeri sangat berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain Kelantan pada musim ini apabila berjaya mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA. Menurut Abdul fatah, walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa seperti kerajaan negeri lain tetapi yang penting kerajaan Kelanyan tetap menghargai kejayaan pasukan nya.

Tuesday, April 21, 2009

Mencari BAPA - Mahamad Hassan

Nor Saparah Mahamad, 25, meminta orang ramai membantu mengesan bapanya, Mahamad Hassan, 49, bagi menjadi wali pernikahannya yang dijangka Disember depan. Nor Saparah dari Precint 11, di sini, berkata mereka sekeluarga terputus hubungan dengan bapanya yang meninggalkan rumah sejak 1991 lalu ketika mereka tinggal di Felda Jengka 22, Bandar Pusat Jengka, Pahang ketika Nor Saparah berusia lapan tahun. Ibun Nor Saparah Asmah Abu Bakar, 47. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mahamad Hassan diminta menghubungi tunangnya, Ahmad Zarimushariza Mohd Zain, di talian 017-2409249/013-4389249 atau datang ke alamat D-T4U5, Blok D, Pangsapuri Putra Damai Presint 11, Putrajaya. Mahamad meninggalkan keluarganya selepas mempunyai tiga anak iaitu Asrul Izwan, 27; Nor Saparah, 25 dan Nasrul Al-Amin, 18

Teknologi: Nokia E75

Dunia tanpa sempadan menyebabkan pengguna semakin berlumba-lumba mendapatkan maklumat di hujung jari. Kesibukan menyebabkan pengguna perlukan sesuatu yang mudah untuk berhubung selain telefon bimbit. Bagi memudahkan pengguna, Nokia E75 merupakan gajet terbaik untuk mereka yang sentiasa menggunakan e-mel.
Nokia 75 didatangkan terus dengan antara muka e-mel syarikat dan perkhidmatan Nokia Messaging menjadikan e-mel mudah alih mudah, tidak serabut dan menjadi pengalaman baru kepada pengguna.
E-mel adalah pengalaman universal, bukan hanya untuk komunikasi bisnes tetapi untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat. Dengan sebab itu Nokia menawarkan penyelesaian lengkap bagi emel dengan Nokia Eseries dan perkhidmatan Nokia membenarkan pelanggan membawa tugasan dan akaun e-mel peribadi dengan mereka ke mana saja. Dengan Nokia E75, pengguna boleh menyemak e-mel termasuk fail dan HTML serta mengasingkan e-mel mengikut tarikh, penghantar dan saiz. Selain e-mel, Nokia E75 juga mempunyai keupayaan kalendar, buku telefon dan pengurusan tugas. Nokia E75 diinspirasikan dari Nokia 9300 iaitu communicator mini pertama. Pengguna Nokia 9300 gemarkan fungsi mesej dengan papan kekunci dengan papan kekunci tradisional. Inspirasi Nokia 9300 diaplikasikan pada Nokia E75 dengan mengekalkan semua bahan tetapi dipertingkatkan semua ciri dan menjadikannya lebih padat. Perkhidmatan mesej Nokia bina dalam memudahkan pengguna mengurus pelbagai akaun e-mel. Pengguna boleh menambah dan mengakses akaun Ovi Mail, Gmail, YahooMail atau Window Live Mail semuanya pada satu masa dengan mudah daripada aplikasi Nokia Messaging. Selain itu pengguna masih boleh mengakses e-mel tugas pada gajet yang sama menjadikan Nokia E75 yang membawa akaun e-mel pelbagai di mana mereka berada. Tambahan kepada perkhidmatan Nokia Messaging, ia didatangkan dengan Nokia Map lengkap dan bantuan GPS dengan lesen selama tiga bulan bagi navigasi turn-by turn dan pengalaman permainan dengan N-Gage. Ovi Files yang terdapat dalam Nokia E75 membolehkan fail penting disimpan dalam komputer boleh diurus dan dikongsi secara mudah alih walaupun komputer tidak dibuka. Nokia E75 sudah boleh dibeli di Nokia Stores di Lembah Kelang dan seluruh negara dengan harga runcit RM1,950.