Penaja

Saturday, September 18, 2010

Kelantan hebat: AlFaatihah untuk Allahyarham M Rajoli


Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis. Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat. Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak

Saturday, September 11, 2010

Selamat Menyambut Eidulfitr

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Eidulfitr kepada semua umat Islam semoga perjuangan dan latihan sebulan telah berjaya dilakukan dan hari ini kita meraikan kejayaan itu... Saya dan keluarga pulang ke kampong di Pulai Chondong Kelantan. Walaupun menghadapi stress tertekan dengan keadaan jalanraya yang sibuk dan sikap pemandu yang tidak berdisiplin namun kerana rindukan kampong halaman, saudaramara, dan kawan-kawan susah jerih diperjalanan terubat jua... Pulai Chondong terletak lebih kuran 30km dari KB dan kampong saya berada 6km dari simpang masuk jalan utama Kuala Krai KB. Hari raya pertama paginya selepas solat eidulfitr bergegas menziarahi kubur ayahanda, datuk, nenek dan sudara mara...sedekahkan arwah dengan zikir tahlil dan doa semog roh mereka dicucuri rahmat. Sesi seterusnya ialah menerima kunjungan saudaramara dan jiran-jiran. Sebelah petang saya pula keluar menziarahi mereka yang sekitar Pulai Chondong sahaja.

Kembali kepada sikap pemandu kita ni entah bila akan berubah sikap walaupun OPS Sikap dah masuk ke dua puluh dua. Mungkin memerlukan kajian mendalam dari pihak bekuasa seperti JPJ, JKR, Majlis Keselamatan Jalanraya, dengan mendapat maklum-balas dari orang ramai, pakar-pakar saikoloji dan sebagainya untuk mendapat formula yang berkesan menangani masaalah disiplin pemandu Malaysia yang amat memalukan. Ianya bukan sahaja dilakukan oleh mat rempit bahkan kereta-kerata besar dan mewah, BMW, Merc, Alphard.... memalukan...

Selamat Hari Raya

Friday, August 20, 2010

Jangan menghukum sebelum sabit kesalahan...

Berita yang dikeluarkan media hari ini mengelirukan. Dikala Raja Azmin dikaitkan dengan kes penceraian Roslin Hashim, penangkapan dibuat oleh pihak polis..., tentunya orqng ramai yang membaca sekali lalu menyangkakan Raja Azmi ditangkap disebabkan kaitannya dengan kes Roslin. Adalah tidak adil kepada Raja Azmi dihukum sebelum sabit kesalahan. Raja Azmi diberitakan ditangkap semalam berhubung satu waran tangkap yang dikeluarkan mengenai satu kes sivil pada tahun 1998 iaitu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan polis terhadap beberapa akhbar yang menyiarkan laporan mengenainya semalam. Penerbit filem berusia 51 tahun itu ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya itu, sehari selepas cerita mengenainya disiarkan akhbar kerana dikaitkan sebagai punca perceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim kelmarin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata Raja Azmi ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pagi ini.

Beliau berkata, polis Ampang Jaya sebelum ini beberapa kali cuba menjejaki Raja Azmi sejak waran tangkap dikeluarkan sebelum ini. Bagaimanapun, dia datang ke IPD Ampang Jaya petang semalam untuk membuat laporan polis terhadap laporan muka depan beberapa media tempatan berhubung kes perceraian Roslin dan terus ditahan, katanya. Jailani datang ke IPD itu untuk cuba membebaskan isterinya, namun usaha itu gagal disebabkan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) sudah ditutup kerana tamat waktu pejabat.

Wednesday, August 18, 2010

Akibat pergaulan terrrrlalu bebas

Terlanjur setelah berdua-duaan bersendirian samada dichalet, hotel, ruma sendiri, rumah sewa, asrama , ...atau dimana-mana saja, akibatnya lahirlah zuriat yang tidak diingini....lalu dibuang dimana saja, atas rumput, tong sampah, plastik, surat khabar, tepi rumah...oh amat menyedihkan. Semuanya akibat pergaulan bebas, yang kelihatan dibiarkan sahaja oleh pihak berkuasa. Siapa saja bebas berjalan berpasangan, ditaman-taman, membeli belah, atau dimana saja, juga tanpa mengira usia. Akibatnya janji dibuat, bertemu ditempat tertentu, berasmara dana yang akhirnya berlakulah sesuatu yang tidak patut berlaku kepada pasangan yang belum kahwin. Maka tidak hairan jika setiap hari ada saja pembuangan bayi. Semalam di Kuala Terengganu, negeri darul iman (malah dimana saja), seorang bayi lelaki ditemui, masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Kebetulan bayi yang ditinggalkan ditepi rumah seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu.

Atas dasar kemanusiaan, kesian, perihatin, bayi malang tersebut dikutip oleh salah seorang anak pegawi polis tersebut, terus diselimutkan dengan tuala kerana jika terlambat kemungkinan bayi malang itu akan meninggal dunia disebabkan kesejukan. Bayi lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan sihat serta tidak menangis ketika dibuang. Mungkin dia sedar dirinya terbuang tidak dinginkan oleh kedua-ibubapa....nanti diakhirat aku akan mendakwa mereka dihadapan Allah Rabbul Jalil atas perbuatan mereka...

Monday, August 16, 2010

Ramadhan yang penuh berkat dicemari dengan nafsu buas

Berita Perdana hari ini memaparkan kisa seorang wanita malang di Terengganu bila suaminya sanggup mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur disimbah asid semalam. Dalam kejadian pagi itu, suaminya dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan memohon penceraian dengan suspek. Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.

Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa. Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan. Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan. Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Pengantin Baru

Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, di rumah pengantin perempuan di Taman Utama, Bercham, di sini, semalam. gelaran isteri kembali kepadanya pada jam 12.30 tengah hari selepas pasangannya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, menyempurnakan akad nikah dengan sekali lafaz.

Perkahwinan itu yang ketiga bagi Maizawati selepas kes perceraiannya dengan Akhil lebih setahun lalu mendapat liputan meluas media, manakala pertama bagi Mohd Yassin.

Enam anaknya iaitu empat hasil perkahwinannya dengan Akhil iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9; Muhamad Shariff Hidayatullah; 12 dan Siti Nur Maisarah, 13 serta dua anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Daniel Arif, 16, dan Deanna Sofea, 17, hadir pada majlis itu.

Maizawati berkata, perbezaan umur bukan penghalang bagi dirinya dan Mohd Yassin membina rumah tangga yang diharap kekal abadi.

“Saya sendiri tidak menyangka ini (perkahwinan) akan berlaku. Segala persiapan hanya dilakukan minggu lalu dan bersyukur berkat ketentuan-Nya, semua berjalan lancar dan kami kini bergelar suami isteri,” katanya sebaik selesai majlis itu.
Mengulas mengenai suaminya, Maizawati berkata, beliau terpikat dengan Mohd Yassin yang memiliki sifat penyayang dan suka kanak-kanak.

“Kehadirannya memberi semangat untuk saya dan anak-anak meneruskan kehidupan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yassin berkata, beliau terpaut hati terhadap kelembutan dimiliki Maizawati sepanjang perkenalan sejak Julai tahun lalu dan tidak menyangka ia berakhir ke jenjang pelamin, walaupun terpaksa menempuhi banyak cabaran dan dugaan.

"Selepas ini, saya mempunyai tanggungjawab lebih berat sebagai seorang suami dan bapa, tetapi saya akan melaksanakannya sebaik mungkin, tambahan pula hubungan dengan anak-anak (tiri) sangat rapat," katanya.

Bapa Maizawati, Zainal Jani, 55, berkata beliau merestui perkahwinan anak perempuannya itu dan berharap semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. (BH100810)

Monday, July 19, 2010

Lann A to Z dan album baru Rahsia Hati


Lann A to Z atau Norazlan Abdul Aziz terkenal dengan lagu hit beliau bersama kumpulan remaja masa otu yang dikenali sebagai kumpulan A to Z. Sejak itu Lann dikenali ramai dengan nama Lann A to Z. Kini berusia 41 tahun, berasal dari Rawang Selangor. Kira-kiranya kalau penduduk Sg Buaya mendapat bayaran yang setimpal, keluarga Lann juga berhak bergelar keluarga sukujutawan dari pampasan itu. Apa boleh buat belum rezki lagi. Jadi untuk mencapai tahap jutawan Lann bergerak aktif samada dalam bidang nyanyian sebagaimana yang diterokai beliau bertahun yang lalu juga bidang usahawan yang sedang diterokainya sekarang.

Selepas kembali dari perantaun hampir setahun di Indonesia, Lann kembali ke tanah air dan menghasilkan album baru single bertajuh Rahsia hati. Lann cuba berusaha sendiri dengan disokong oleh kawan-kawan yang ingin melihat nama Lann dijulang kembali bergerak seluruh negara, menjadi tetamu radio FM dalam mempromosi album beliau. Usaha berani yang dibuat oleh Norazlan atau Lann ini ialah dengan mencuba memasrkan album beliau sendiri melalui laman web dan dihantar kepada pembeli melalui poslaju. Album yang mengandungi 8 lagu ini mendapat sambutan dari peminat beliau.

Semoga usaha Lann ini dapat memberi impak kepada industri muziik tanah air yang kini lesu dibelasa oleh cetak rompak.

Thursday, July 15, 2010

Walimah oh walimah

Majlis walimah sabah minggu tak pernah putus...kurang je kepada satu sehari...yang banyaknya tiga ke enam dalam sehari Sabtu atau Ahad. Kalau dah terlalu banyak majlis yang mampu hanya tiga sahaja. Itupun kalau lokasinya berdekatan. Yang menjadi masaalah untuk memenuhi kesemua jemputan selain perut yang sudah berisi, perjalanan yang sesak dan cuaca yang tidak menentu. kalau tahun 2010 ini jemputan sangattt banyak..apalagi pada tahun-tahun akan datang bila bilangan rakyat semakin ramai...mungkin juga kena fikirkan untuk buat majlis beramai-ramai...jimat kos, jimat tenaga...kesemua boleh hadhir serentak...fikir-fikirkan

Wednesday, July 14, 2010

Ramadhan bakal menjelang

Lagi beberapa minggu umat Islam akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan...bulan yang diberkati. Seterusnya bakal menyambut lagi 1 Syawal, musim raya, musim havoc dengan trafik...trafik jem, kesesakan jalanraya, musim nyawa-nyawa manusia diragut oleh kemalangan-kemalangan ngeri. Saban tiba musim perayaan pihak kerajaan akan melancarkan OPS untuk meredakan bilangan kemalangan yang meningkat. Pihak berkuasa telah menjalankan peranan menjaga nyawa rakyat, menasihati pemandu-pemandu..jangan laju, patuhi undang-undang, jagn potong jalan berkembar, jangan potong barisan..., namun saban kalinya ianya terus menambah bilangan korban. kenapa?...sebab pihak pemandu tidak mengambil tanggung jawab menjaga nyawa manusia... Apa yang dilarang undang-undang yang itulah yang di buat...walaupun sebelum itu umat Islam sudah berpuasa sebulan, menahan lapa dahaga, mematuhi undang-undang syariat, namun sebaik habis Ramadhan syaitan terlepas lagi.