Setelah berentap hebat antara BOBOI dan OSBON, kemenangan telah berpihak kepaada OSBON, kedua-duanya cemerlang walau siapa pun juara mereka berhak menerimanya. Memang rezqi menyebelahi OSBON. Lawak OSBON bermula dengan sederhana kalah kepada BOBOI dari segi kedudukan hingga kepada beberapa minggu berlalu kekuatan lawak OSBON mula menonjol dan berjaya mengambil kedudukan BOBOI. Lawak bersahaja dan tentunya kelebihan OS ada gigi ysng special. Gigi OS bawa tuah agaknya, biarpun terasa dihati bila gigi di tonjolkan namu OS menerimanya dengan hati terbuka. Begitu juga dengan keritikan-keritikan pedas, beliau tetap bersemangat meneruskan kecemerlangan.
“Saya tidak ambil kisah dengan kritikan juri. Itu tanggungjawab mereka untuk menilai persembahan kami pada setiap minggu. Saya tidak rasa kata-kata mereka itu terlalu teruk. Kalau ikutkan, Abon kenakan saya lebih teruk di atas pentas. Jadi, tidak mengapalah. Lagipun, saya sudah lalui perkara ini sejak di awal penglibatan saya dalam dunia seni. Ketika saya datang ujibakat untuk program nyanyian di RTM, mereka telah kritik saya. Begitu juga dengan filem-filem saya sebelum ini. Pernah mendapat kritikan hebat. Bagi saya, kalau saya tidak boleh menerima kritikan, itu bermakna saya tidak boleh berkarya lagi. Kritikan itu sebenarnya membentuk diri kita sekarang ini,” ujar Os berterus-terang.
Abon pula punya cerita berbeza. Pelawak yang sinomin dengan loghat jawa ini mengakui dia berasa terpinga-pinga ketika dikritik oleh mereka yang tidak punya pengalaman berlawak –jenaka.
“Tiga minggu pertama kena kritik dengan barisan juri profesional, saya macam terpinga-pinga sebab masing-masing dalam bidang berbeza. Mereka bukan pelawak. Tetapi lama-kelamaan, saya kagum dengan pendapat profesional mereka. Tak sangka mereka boleh memberi pendapat yang baik. Jadi, untuk membuktikan kami boleh lakukan yang terbaik, kami cuba mencari idea yang mampu menghiburkan juri dan juga penonton,” ujar Abon pula.
Menyentuh tentang wang kemenangan RM350,000 yang dimenangi, masing-masing mengakui akan menggunakan wang itu sebaik mungkin. Bagi Os, dia tidak berhasrat untuk membeli teksi baru, sebaliknya akan mengubah-suai teksi sekarang ini agar lebih selesa.
“Os tetap Os dan saya akan tetap membawa teksi selepas ini. Kalau ada tawaran berlakon atau berlawak-jenaka, saya akan buat. Wang kemenangan yang saya perolehi itu, saya tidak rancang pun hendak beli teksi baru sebab teksi sekarang masih elok lagi. Bagaimanapun, saya mahu ubah-suai sedikit untuk keselesaan. Selebihnya, saya akan gunakan untuk perbelanjaan anak-anak,” ujar Os.
“Saya pula akan terus berlawak sebab ini adalah mata pencarian saya selama ini. Tentang wang itu, saya masih belum terfikir hendak buat apa lagi. Tapi sudah tentu akan digunakan dengan baik,” ujar Abon pula. Osbon dan Boboi mendapat sorakan hebat setiap kali beraksi kerana lawak-jenaka yang ditampilkan cukup menggelikan hati.

0 comments:
Catat Ulasan