


(Foto-foto dari Harian Metro)Saya turut berbangga dengan pencapaian terbaek Harimau membenam garuda Indo 4-3 digelanggang lawan dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Indonesia. Yang paling membanggakan saya sebagai orang Kelantan yang menetap di Selangor ialah goalkeeper Apek orang Kelantan. Lebih mengejutkan ialah ramalan saya Malaysia menang 1 sama dengan Malaysia menang sepakan penalti menjadi kenyataan. Walaupun kebetulan saja tapi rasa macam nujum pak belalang pulak. Melihat kepada senario perlawanan, Malaysia memang berhak menang. Ramai pemain Malaysia injured gara-gara permainan kasar pemain Indonesia. Banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol untuk Malaysia tetapi memang rezqi menang tendangan penalti dimana keputusan terus terikat sayu sama sehingga ke masa tambahan. Permainan yang bertenaga pasukan harimau hingga ke wisel terakhir memberi gambaran bahawa sebenarnya bolasepak Malaysia boleh pergi jauh, cuma jangan dipatahkan semangat sukan dngan benda remeh temeh dan perebutan kepimpinan serta campurtangan politik. Biarkan bolasepak negara dikendalikan dengan penuh profesional, sama juga dengan sukan-sukan lain.
0 comments:
Catat Ulasan