Pengikut

Jumaat, 14 Oktober 2011

Tarikh 111111...nombor keramat Lann dan Ain

Mengenali Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z adalah sesuati yang membanggakan... seorang yang peramah, periang, mempunyai keyakinan tinggi dan emosi yang tahan lasak. Lann mengalami jatuh bangun dalam memperjuangkan muzik rakyat, pernah gagal dlam membina rumahtangga yang diharapkan berkekalan hingga ke akhir hayat, namun Allah menduga ketabahan beliau. Namun pertemuan dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, yang berasal dari Dengkil, Selangor membuatkan hati Lann berbunga-bunga kembali.

Pasangan ini bakal dinikahkan di Masjid Kuala Kubu Bharu pada tarikh keramat dan bakal mencipta sjarah hidup Lann....11 November 2011 atau 111111, juga berkebetulan dengan tarikh kelahiran Ain.

Khabarnya Lan mengakui Ain yang banyak membuka matanya untuk berkahwin kali kedua. Hubungan Ain dengan keluarganya juga rapat. Namun tidak semudah itu dia membuat keputusan kerana kegagalan rumah tangga lalu masih menghantuinya. Sengaja dia membiarkan ikatan dengan Ain tidak bernoktah. Pada mulanya memang untuk dia membuat untuk berkahwin semula walaupun dia boleh menerima kehadhiran Ain dalam hidupnya. Namun selepas melihat kemesraan Datuk dan Datin, sebaik sampai di lapangan terbang, saya terus menghubungi Ain untuk mengajaknya berkahwin.

Mengulas mengenai tajaan yang diterima dari KKDSTTM, Lan menganggapnya rezeki yang hadir kerana keikhlasan mereka untuk berkahwin. Kunjungannya ke sana untuk mengetahui aktiviti kelab membawa kepada perkara berkenaan dimana kelab tersebut sanggup menaja kerana nak menghargai sumbangan A To Z yang menyanyikan lagu-lagu berkonsep etnik.

Majlis persandingan Lan dan Ain yang mengikut tradisi Melayu sepenuhnya akan diadakan dua sesi iaitu pada tengah hari dan malam. Pasangan ini juga akan diiringi 150 motosikal berkuasa besar serta menerima tiket penerbangan untuk berbulan madu di Pulau Bintan, Indonesia sumbangan KKDSTTM.

0 comments:

Catat Ulasan