Fizo dan Neelofa merupakan antara dua artis yang terpilih untuk memperoleh geran RM200,000 untuk mengusahakan perniagaan mereka.
![]() |
Daripada keempat-empat sasaran itu, tiga daripadanya sudah hampir terlaksana. Antaranya buku resipi eksklusifnya yang kini tinggal 10 peratus lagi sebelum boleh dipasarkan.
"Memandangkan ibu saya berketurunan Thailand, maka kebanyakan resipi saya lebih mengutamakan masakan dari negara itu dan pastinya hidangan signatur saya adalah tomyam.
"Dalam buku resipi itu, saya akan mengajar bagaimana untuk menyediakan hidangan ala Thailand dan masakan Melayu dengan cara lebih ringkas, aktiviti harian saya berserta tips tambahan untuk penjagaan kesihatan dan petua masakan," katanya berkenaan buku masakannya itu.
Menerusi buku masakan yang belum lagi ditetapkan harganya itu, Fizo akan menyelitkan gambar-gambar eksklusifnya ketika kecil, keluarga serta aktivitinya waktu senggang buat tatapan peminat.
Dalam pada itu, Fizo juga bercita-cita untuk membuka sebuah kafe atau restoran sendiri selain mengusahakan tanah arwah ayahnya yang sebelum ini bagi menternak kambing dan itik.
Bagi Noor Neelofa Mohd. Noo atau Neelofa pula sudah setahun dua bulan usia perniagaan kasut tumit tingginya. Kini lofa sedang merancang untuk menukar jenama kasutnya yang sebelum ini dikenali sebagai Lofa kepada Neelofa menjelang bulan Januari tahun depan, aktres cantik itu juga sedang berusaha untuk mempelbagaikan lagi rekaan, warna, tekstur dan material produknya."Melalui geran yang diberikan ini, Lofa akan menggunakan untuk proses promosi dan rebranding kasut-kasut Lofa, selain tampil dengan konsep dan rekaan baharu," katanya yang mengakui dirinya sangat bertuah meraih tawaran itu.
Neelofa, 22, juga akan membuka sebuah gudang khas sama ada di Shah Alam atau Damansara untuk memudahkan proses penghantaran dan penyimpanan kasut-kasutnya.

0 comments:
Catat Ulasan