Pengikut

Khamis, 28 Januari 2010

Ayam golek PD ada di resoran koboi

Sesiapa pergi ke PD melalui pekan bukan melalui bulatan Telok Kemang akan terjumpa restoran ayam golek koboi. Agak menyelerakan, dan harga yang murah mungkin antara ciri-ciri yang menarik pelanggan menjamu selera di sini. Semasa saya tiba bersama anak buah, dalam jam 12 tengahari masih belum rama pengunjung yang datang makan tengahari. Namun tak sampai 10 minit baru orang ramai kelihatan memenuhi semua kerusi yang ada.

Rabu, 27 Januari 2010


Makanan laut memang sedap dan menyelerakan. Kesempatan berada di Melaka selama beberapa hari saya bepeluang ke Umbai yang berdekatan dengan bandaraya Melaka ini menjamu selera dengan ikan bakar dan makanan laut yang lain. Memang disini dibangunkan khas untuk pelancong dan kelihatan begitu menarik. Kerana waktu malam jadi tidak berapa nampak suasana laut yang indah..

Rabu, 20 Januari 2010

Poligami dan persepsi masyarakat

Poligami memang topik sensitif jika dibualkan, namun kita tidak boleh mengenepikan tajuk ini begitu sahaja. Para isteri akan melompat atau pitam jika suami balik membawa khabar akan berpoligami, minta keizinan. Siapakah isteri misali yang akan membenarkan suami tercintanya berpoligami, tidak sekali-kali, langkah mayat aku dulu. Masa bercinta dulu berjanji sehidup semati, namun bila dah tua, dah hampir menerima cucu, abang ingin menambah cawangan pula. Mana janji sehidup semati abang tu?...
Persepsi masyarakat terhadap poligami sangat huduh, bayangan pinggan mangkuk melayang-layang sebagaimana lagu P Ramlee terbayang-banyang didepan mata. ditambah lagi dengan promosi betapa huduhnya wajah poligami oleh media barat yang prejudis kepada setiap hukum Islam yang diturunkan kepada manusia. Adakah sesuatu yang dihalalkan Allah itu ada yang huduh, teruk, tidak boleh diamalkan oleh manusia yang normal?. Tentu bagi mereka yang percaya kepada Maha Mengetahui Allah akan percaya dan yakin bahawa hukum halal menunjukkan perkara itu baik dan indah untuk amalan penganutnya. Jadi kenapa tanggapan menjadi terbalik terhadap poligami?, kerana penganutnya tidak memahami hakikat keharusan tersebut malah menyalahgunakan halalnya poligami sehingga bayangan kejelikan poligami sangat mempengaruhi masyarakat majoriti termasuk umat Islam sendiri.
Kerana itu lihatlah poligami dari AlQuraan bukan nafsu semata-mata, kajilah amalan poligami sebagaimana dilakukan oleh para sahabat, maka kita akan lihat poligami hari ini terlalu jauh menyimpang dari yang sebenarnya. Mafhum AlQuraan "Kahwinilah perempuan yang baik bagi kamu 2, 3, 4 namun jika kamu khuatir tidak boleh berlaku adil maka satu isteri sajalah". Adakah Rasululllah berpoligami sebelum wafatnya saidatina Khadijah?, renungkanlah...

Nikon kamera terbaru dipasaran D3S

TOKYO – Nikon Corporation is pleased to announce the introduction of its newest FX-format digital SLR flagship for fast response and high light sensitivity: the Nikon D3S.Standing on the shoulders of the world-renowned D3, the D3S takes the potential of Nikon’s proprietary FX-format to incredible new levels designed to meet or exceed a professional’s high standards. The D3S delivers ISO 200 to ISO 12800 as standard, with the excellent noise control and wide dynamic range that the D3 is famous for. This provides photographers of any discipline with additional latitude to achieve quality images in most lighting situations. When needed, ISO sensitivity can be expanded from Lo 1 (ISO 100 equivalent) up to Hi 3 (ISO 102400 equivalent), making a significant difference in extremely low-lit shooting scenarios and other situations where faster shutter speeds or more depth-of-field is required. In a first for an FX-format flagship, the D3S incorporates the HD-quality D-Movie function, letting users take full advantage of the wide dynamic range and high ISO performance, including the breakthrough High Sensitivity Movie mode. The D3S’s D-Movie also offers compatibility with an external stereo recording microphone, as well as convenient in-camera editing functions such as the ability to select the starting and ending points in order to trim D-Movie footage, as well as the ability to save selected movie frames as JPEGs. The flagship shoots approximately 9 frames-per-second high-speed continuous shooting in FX-format and 11 fps in DX-format, with a buffer twice the size of the D3’s. These features, along with a 0.04-second* shutter release time lag and improved AF accuracy work seamlessly for lightning-fast responses. Various improvements in ergonomics, operation, and reliability, such as image sensor cleaning, will help photographers focus on shooting under any conditions. When combined with state-of-the-art NIKKOR lenses and the Nikon Total Imaging System, which includes Nikon Speedlights, wireless transmitters and various software, the D3S delivers exceptional quality and versatility for an unprecedented variety of professional and personal assignments.

Avatar mengutip hampir RM2 Bilion di US sahaja...wow

1. Avatar: Terbitan 20th Century Fox (kutipan 5minggu USD491,767,000)
2. The Book of Eli: Terbitan Warner Bros. Pictures Distribution (kutipan 1minggu USD31,615,000)
3. The Lovely Bones: Terbitan Paramount Pictures (kutipan 6minggu USD17,527,000)
4. Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel Terbitan 20th Century Fox Distribution (kutipan 4minggu USD192,592,000)
5. Sherlock Holmes: Terbitan Warner Bros. Pictures Distribution (kutipan 4minggu USD180,018,000)
6. The Spy Next Door: Terbitan Lionsgate (kutipan 1minggu USD9,700,000)
7. It's Complicated: Terbitan Universal Pictures (kutipan $88,224,000)
8. Leap Year: Terbitan Universal Pictures (kutipan 2minggu $17,529,000)
9. The Blind Side: Terbitan Warner Bros. Pictures Distribution (kutipan 9minggu USD226,774,000)
10. Up in the Air: Terbitan Paramount Pictures (kutipan 7minggu $62,833,000)

Felda Kemahang, peneroka menang saman

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.
Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Jangan membudayakan maksiat

(Artikel ini saya petik dari satu laman web yang tidak dijelaskan siapa penulisnya, namun ia sesuatu yang penting bagi kita....razmij)

Seorang artis dikenali sebagai Black ditegur TV3 kerana aksinya mencium pipi artis perempuan lain, kononnya dianggap ibu sendiri. Isu ini kelihatan kecil dan remeh. Mungkin ada yang berkata itu hal peribadi. Ia tidak pula menjejaskan keselamatan negara atau kedatangan pelabur asing. Tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia menjadi suatu fenomena biasa dan kemudiannya menjadi budaya yang asalnya asing dalam masyarakat Melayu Islam, maka ia boleh merebak lebih dari itu. Lepas cium pipi menjadi kebiasaan, cium bibir pula. Lepas itu berpelukan. Aksi yang lebih jauh dari itu secara terang-terang akan menjadi biasa. Dalam filem Barat, aksi ranjang, telanjang tidak pelik. Filem Melayu masih dipotong. Tidak mustahil jika mungkar yang kecil tidak ditegah, ia akan menjadi mungkar lebih besar.

Benarlah Allah yang berfirman ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina.’ Allah tidak menyebut ‘jangan berzina’. Bahasa al-Quran sangat tinggi. Mendalam ertinya. Orang fasiq memang menganggap dosa kecil itu perkara remeh sahaja. Mereka memang jahil hukum, tak reti agama. Lihat sahaja jawapan Black tentang ciumannya itu kepada perempuan bukan mahram yang dianggap ibu sendiri itu. Cara menjawab macam tak pernah masuk KAFA langsung. (Bagi yang jahil, KAFA tu bukannya Kedah Football Association tapi kelas fardhu ain, tau!) Islam mengajar kita supaya bencikan kufur, fasiq dan dosa. Cium pipi itu ialah perkara fasiq dan dosa. Bukan soal jaga tepi kain orang, tetapi mencegah mungkar mesti dilakukan.

Khamis, 14 Januari 2010

Tengku Muhammad Faris Petra

Oleh Mohd Zuharman (Malaysian Insider)
KOTA BARU, Jan 14 — Hampir 5,000 orang membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dari Kuala Lumpur petang ini.
Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra (tengah) dengan diiringi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua dari kanan) pada majlis doa selamat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.Baginda yang tiba kira-kira 3.45 petang disambut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Penyokong PAS dan Umno juga membanjiri lapangan terbang untuk menyambut Tengku Muhammad Faris pada perhimpunan yang diadakan untuk menzahirkan taat setia kepada baginda.
Pada malam ini baginda dijadual mengetuai satu majlis sembahyang hajat untuk memohon kestabilan dan keharmonian negeri itu.
Majlis itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dan dipercayai sebagai sebahagian daripada usaha untuk menaikkan keyakinan rakyat terhadap istana.
Turut hadir timbalan menteri besar Datuk Ahmad Yakob dan speaker Dewan Undangan Negeri Nasuruddin Daud.
Antara pemimpin Barisan Nasional yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah Datuk Abdul Aziz Derashid dan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.
Berpuluh-puluh sepanduk yang menyatakan sokongan kepada baginda dikibar di hadapan terminal lapangan terbang itu. Majlis sambutan yang berlangsung selama 20 minit itu didahului bacaan doa.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad bersama pegawai kanan istana juga menyambut Pemangku Raja.
Suasana agak tenang walaupun kesesakan berlaku di luar dan dalam bangunan terminal.

Orang ramai berhimpun di pekarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menanti keberangkatan tiba Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.Satu memorandum turut diserahkan oleh wakil Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Pemangku Raja berikutan isu melibatkan Istana Kelantan sejak akhir-akhir ini apabila Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry mengeluarkan surat bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' untuk melucutkan gelaran datuk terhadap beberapa tokoh yang menerima anugerah itu daripada Sultan Kelantan.
Turut kelihatan sepanduk-sepanduk tertera mesej "Rakyat Menjunjung Kasih dan Taat Setia Kepada Pemangku Raja". Sepanduk "Daulat Tuanku" dengan lambang Umno juga kelihatan di pekarangan lapangan terbang.
Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui memberitahu program hari ini menampakkan kejayaan.
"Rakyat amat setia dan taat kepada Pemangku Raja," kata beliau.
Mengenai kehadiran rakyat yang begitu ramai sekali gus menamatkan dakwaan kononnya wujud krisis antara kerajaan dan istana, Takiyuddin berkata, kerajaan dan istana tidak pernah dilanda krisis.
“Saya rasa tak ada masalah. Mungkin sedikit kekeliruan. Tapi kenyataan menteri besar semalam terang dan jelas tentang kedudukan kerajaan, kedudukan istana.
“Dan hari ini sambutan kepada Pemangku Raja merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan semua kaum adalah satu petanda kita tidak ada apa-apa masalah samaada peringkat kerajaan atau pun istana,” katanya.
Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra sembuh dari kegeringan.
Pengisytiharan yang dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias itu membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra berkuat kuasa pada 24 Mei lalu.
Kelmarin Istana Kelantan mengadakan siri penemuan dengan rakyat bagi memberi penerangan dan gambaran jelas mengenai kemelut membabitkan institusi diraja.
Ekoran isu melibatkan Istana Kelantan sejak akhir-akhir ini Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad, dilaporkan sebagai berkata, hanya Tengku Muhammad Faris selaku Pemangku Raja berhak sepenuhnya menyampaikan titah sepanjang ketiadaan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra yang sedang dirawat di Singapura sejak Mei tahun lepas.Abdul Halim berkata surat bertajuk 'Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan' yang ditandatangani oleh Tengku Muhammad Fakhry adalah tidak sah manakala Tengku Muhammad Faris kemudiannya mengambil beberapa tindakan termasuk melakukan rombakan dan menggugurkan Tengku Muhammad Fakhry sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri

Isnin, 11 Januari 2010

Adnan Sempit mencabar lakonan SAM

Pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam atau Sam masih berdepan dengan cabaran untuk menampilkan sisi komedi dalam filem terbarunya, Adnan Sempit terbitan MIG Production Sdn. Bhd. Sam, 26 tahun itu menganggap bukan mudah untuk membuatkan audiens terhibur apabila melihat lakonannya di skrin lebar sebagai Adnan atau Nan Sempit. Anak bujang kepada penerbit dan pelakon Khaty Fauziah dan adik kepada pelakon jelita Zizi Ezzette ini bersungguh-sungguh menyelami setiap inci wataknya dalam filem itu kerana mahu memberikan impak berkesan di jiwa penonton.
"Saya akui hendak buat orang ramai ketawa melihatkan aksi komedi Adnan dalam filem ini bukanlah semudah yang dilihat. Ia menjadi tanggungjawab berat. Masa dapat skrip, saya segera fahamkan terlebih dulu wataknya.
"Tidak ketinggalan, saya cuba mendasari daripada mana datangnya unsur jenaka si Adnan ini. Kemudian barulah saya dapat luahkan perasaan jenakanya dengan sebaik-baik mungkin ketika berada di set penggambaran.
"Pada waktu yang sama, saya harus berjaga-jaga dengan dialog yang dilontarkan dan pergerakan sendiri kerana khuatir ia kelihatan kekok pada pandangan peminat. Kalau buat silap maka saya juga yang akan dikritik atau kelihatan pelik kelak.
"Begitupun, terus-terang dikatakan saya terima watak ini kerana ingin mencabar diri sendiri sekaligus meneroka sisi lain dan kebolehan saya sebagai pelakon," ujarnya
"Saya teruja dapat pelbagaikan watak termasuk melakonkan karakter jenaka. Walaupun ada kesukaran tersendiri apatah lagi saya bukanlah seorang pelawak, hakikatnya saya dapat mempamerkan kelainan terhadap bakat lakonan yang dimiliki.
"Dalam waktu sama, pengarah Adnan Sempit iaitu Ahmad Idham cukup fleksibel semasa menjalankan tugasnya. Disatukan dengan Intan Ladyana sebagai heroin, Sam yang tidak bersiram percikan glamor turut meluahkan kegembiraan apabila berpeluang 'berdampingan' dengan pelakon wanita jelita itu menerusi Adnan Sempit.

Selain SAM sebagai Adnan dan Intan memegang watak Nadia, turut membintangi filem ini ialah Norliana Samsudin, Along (Raja Lawak), Cat Farish, Julia Hana, Angah (Raja Lawak), Zack (X-Factor), Hafidzuddin Fadzil dan ramai lagi. Adnan Sempit akan mengunjungi pawagam bermula 14 Januari ini.

AJL24: Aizat mengungguli gelaran di Stadium Putra Bukit Jalil


Juara Anugerah Juara Lagu ke-24(hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi)
Lagu: Pergi
Nyanyian: Aizat
Ciptaan: Pete Teo
Lirik: Amran Omar

Tempat kedua (hadiah wang tunai RM15,000 serta trofi)
Lagu: Dan Sebenarnya
Nyanyian dan ciptaan: Yuna

Tempat ketiga (hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi)
Lagu: Bencinta
Ciptaan: Audi Mok
Lirik dan nyanyian: Faizal Tahir

Vokal Terbaik: Black
menerusi lagu nyanyiannya Aku Rindu Sayang Kamu (ciptaan Yuzai). Black membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Persembahan Terbaik: Aizat (menerusi lagu Kau Aku) - merangkul wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi

Ahad, 10 Januari 2010

US masih jakun hak asasi manusia

Memakai jilbab mengakibatkan seorang gadis Muslimah digeledah seluruh tubuhnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Dulles, Washington Selasa lalu.Layanan tidak profesional itu merupakan insiden terbaru sejak Amerika Syarikat dilanda Islamphobia, 9 September 2001 lalu.Nadia yang ditemui pemberita menganggap tindakan para pegawai terbabit memalukannya."Peristiwa itu sangat memalukan dan membuatkan saya tidak selesa," dipetik dari suatu akhbar arus perdana Washington, Detroit News.Menurut Nadia, segala barang peribadinya seperti beg pakaian, telifon bimbit serta komputer riba turut digeledah, disebabkan prasangka Islamophobia tersebut."Saya cuma berdiam (diri) kerana tidak mahu menimbulkan masalah."Tetapi, saya orang Amerika, bukan warga negara asing, mengapa negara saya memperlaku saya seperti ini," jelasnya.Dilaporkan Pengarah Eksekutif Majlis Persaudaraan Amerika-Islam (CAIR) Nihad Awad turut menganggap insiden yang menimpa Nadia Hassan sebagai suatu diskriminasi terhadap Umat Islam di Amerika Syarikat."Banyak perempuan yang mengenakan pakaian longgar dan gaun pangjang, tetapi mereka tidak diperiksa sedemikian rupa, seperti yang dialami Nadia," jelasnya."Satu-satunya alasan untuk kes ini kerana Nadia seolah Muslim(ah)."Dilaporkan Nihad Awad turut menulis suatu surat kekesalan kepada pengarah bahagian Pentadbiran Pengangkutan dan Keselamatan (TSA) Gale Rossides.Dalam surat terbuka tersebut, beliau mempertikai cara TSA melayani Nadia Hassan disebabkan berprasangka pada Islam."Jika kebijaksanaan (profesionalisme) itu benar-benar diterapkan, apakah berlaku (penggeledahan tubuh badan) bagi semua yang memakai simbol keagamaan," dipetik dari surat Nihad Awad."...seperti penganut Sikh yang memakai serban yang khas, (begitu juga bagi) biarawati dan kaum agamawan Yahudi Ortodoks; atau (penggeledahan tubuh badan) ini hanya dikenakan pada Muslim sahaja."Sehingga hari ini, dilaporkan pihak berwajib tidak memberi keadilan hak kepada Nadia Hassan

CABINDA, Angola 10 Jan

Dua ahli perwakilan bolasepak Togo maut hari Sabtu, sehari selepas bas pasukan tersebut diserang hendap dalam perjalanan menyertai Piala Negara-negara Afrika di Angola. Seorang menteri Togo berkata kerajaan membuat keputusan untuk mengeluarkan pasukan negaranya daripada kejuaraan itu ekoran kejadian terbabit.“Kita tidak dapat meneruskan kejuaraan itu ekoran situasi dramatik ini,” kata Menteri Pentadbiran Wilayah, Pascal Bodjona (foto kanan).Pegawai rasmi Togo menamakan dua perwakilan yang maut itu sebagai pegawai media Stanislas Ocloo dan penolong jurulatih Amalete Abalo.Penjaga gol simpanan Kodjovi Obilale pula telah dikejarkan ke hospital MilPark di Johannesburg untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan serius

Takziah

Wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia, Tun Dr Fatimah Hashim, 85, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam ini kerana sakit tua. Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir, berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur esok di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara.
"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada Bernama. Allahyarham meninggalkan 6 anak. Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Disember 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor, sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.
Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 September 1956 hingga Jun 1972. Allahyarham juga pernah menyandang jawatan naib presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967. Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti

Teknologi baru

Pengeluar-pengeluar televisyen kini membiayai pengeluaran televisyen tiga dimensi (3D) untuk jualan pada masa depan. Set-set televisyen itu dijangka menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan tahun ini. Syarikat-syarikat pengeluar televisyen utama seperti Sony Corp, Panasonic Corp, LG Electronics Inc dan Samsung Electronics Co Ltd menunjukkan minat dalam pengeluaran televisyen tersebut. Presiden Panasonic, Fumio Otsubo menyatakan semalam, pihaknya menganggap televisyen 3D sebagai bisnes terbarunya.
“Saya berpendapat. faktor paling penting yang akan berlaku ialah televisyen 3D,” katanya.
“Dengan televisyen 3D dan produk-produk berkaitan dengannya, termasuk perakam kamera dan peralatan menyunting, kami akan memperkukuhkan operasi televisyen dengan menjadikannya salah satu faktor untuk menentang Samsung,” katanya pada satu sidang akhbar di Pertunjukan Pengguna Elektronik di Las Vegas. Syarikat itu menganggap Samsung dari Korea Selatan sebagai saingan utama dalam pengeluaran televisyen 3D

Sabtu, 9 Januari 2010

Selamat Pengantin Baru Nor Aliah

Setelah gagal dalam perkahwinannya denga Aziz M. Osman, Nur Aliah Lee Abdullah, 38, hidup solo beberapa tahun dan akhirnya bertemu jodoh dengan pilihan hatinya yang baru apabila selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Mohammad Zekri Ibrahim, 41, pagi semalam. Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri seramai 70 tetamu termasuk keluarga dan teman-teman rapat kedua-dua belah pihak di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Aliah menerima mas kahwin RM300 dan sah menjadi isteri Zekri. Pada majlis itu, Aliah menerima lima dulang hantaran iaitu RM10,110 sebagai wang hantaran, senaskhah al-Quran, set barangan kemas, tepak sirih dan telekung.

JAKIM berkenaan POLIGAMI

Soalan:
Saya berumur 36 seorang yg telah berkahwin, hampir tiada masalah dgn perhubungan kami. Apa yang berlaku ketika ini ialah saya ingin poligami atau beristeri seorang lagi. Keputusan saya buat ini adalah atas sebab saya ingin bertangungjawap dan ikhlas kepada wanita yang saya kenali selama hampir 2 tahun. sebabnya saya kasih dan kesian kepadanya dan masa depanya dalam usia muda 24 tahun ia telah 2 kali temui kegagalan dalam perkhawinannya. Apa yang merunsingkan saya ketika ini ialah. saya ingin memperisterikanya, semua keluarga saya dan keluarganya telah restui hanya isteri saya tidak mengetahui. Jika saya beritahu kepada isteri saya sudah tentu dia tidak dapat menerima keputusan saya. Sebab itu saya membuat keputusan ingin merahsiakan perkahwinan ini daripadanya dan bernikah di Thailand dengan cara yang betul dan daftarkan pernikahan di malaysia. Adakah pihak isteri saya akan mengetahui jika didaftarkan nanti, jadi soalan saya pada tuan, adakah wajar saya berbuat demikian untuk mengelakan perceraian dan maksiat..

Jawapan:
Hasrat tuan untuk berpoligami, tuan dinasihatkan supaya membuat permohonan poligami di Jabatan Agama Islam yang berhampiran. Tindakan tuan untuk berkahwin di luar negara sewajarnya dielakkan. Uruslah perkahwinan secara poligami ini secara jujur dan penuh tanggungjawab. Untuk berpoligami saudara hendaklah mempunyai kemampuan dari aspek fizikal, mental dan kewangan agar kehidupan berpoligami berada dalam keadaan aman dan bahagia

Lirik syahdu: Pada Syurga Di Wajahmu

Penyanyi: Nash
Lagu: Pada Syurga Di Wajah Mu

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

Apa jawaban JAKIM

Soalan:
APAKAH HUKUMNYA SUAMI KELUAR MAKAN DGN PEREMPUAN LAIN DIWAKTU MALAM DGN MENIPU ISTERI,DGN ALASAN SUKA-SUKA TANPA ADA HUBUNGAN SERIUS,DAN BOLEHKAH JIKA ISTERI BERBUAT HAL YANG SAMA DGN ALASAN YANG SAMA?.

Jawapan:
Suami berhak keluar ke mana sahaja tanpa kebenaran isteri berbeza dengan isteri. Cuma kesalahan suami di sini ialah menipu isteri dan keluar dengan perempuan lain yg bukan muhrimnya. adalah haram keluar dengan perempuan lebih2 lg di malam hari yg terdedah kepada perkara2 diragui. manakala si isteri janganlah berbuat perkara yg sama semata2 tindakan yg dilakukan oleh suami. Allah akan menunjukkan akibat tindakan kesalahan yg dilakukan oleh si suami yg akan terbukti bila2 masa sahaja. Allah akan bersama hambanya yg

Kenyataan bersama Pakatan Rakyat mengenai kes pengeboman gereja di KL

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT

8 JANUARI 2010

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan. Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR

YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bung dan Zizi, sudah jodoh doakan yang baik-baik


Rioh-rendah kisah Zizie dengan Bung Mokhtar yang hangat mengakhiri tahun 2009 hampir sejuk dan masyarakat pun sudah maklum mereka sah sebagai suami-isteri. Zizi sendiri mengambil sikap terbuka dan bersedia menjawab beberapa soalan yang diutarakan media kepadanya. Zizi yakin sudah menemui kebahagiaaan setelah berjaya membina mahligai indah bertwmu jodoh dengan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu. Zizie berkata dia sudah menemui apa yang dicari-cari selama ini iaitu kebahagiaan dan ketenangan. “Alhamdulillah, kehidupan saya bertambah bahagia dan tenang. Allah sudah tunjukkan jalan yang terbaik untuk saya. Dia (Bung) seorang yang kelakar, bertanggungjawab dan yang penting jujur menyayangi saya.

Kehebatan Dikon D3S

ISO performance: ISO 12800 as standard, expandable
Large pixel pitch: the 12.1-megapixel
New and improved D-Movie function
Image sensor cleaning: assured protection
EXPEED: Nikon’s comprehensive approach to quality digital images
Lateral chromatic aberration reduction: edge-to-edge sharpness
Picture Control: custom-tailored tone and color
Speed and readiness throughout the workflow
9-frames-per-second* shooting rate in FX-format, 11 fps* in DX crop
Scene Recognition System: enlightened accuracy and intelligence
51-point AF: fast and accurate subject acquisition

Newly added image area of 1.2x crop (30 x 20) format with approx. 8.4 megapixels.
Multiple exposure operation that can be repeated by designating the function to the bracketing button.
Electronic virtual horizon that is available in Live View shooting.
Extended menu banks that stores up to four combinations of exposure mode, shutter speed and aperture value. Versatile in-camera Retouch Menus, including RAW processing to enhance your images without using a computer.
Compatible with HDMI (High-Definition Multimedia Interface) output.
Type C connector (mini size) is employed.
With the optional GPS Unit GP-1, location information such as latitude, longitude, altitude and time are automatically recorded to each image’s EXIF data.
The Time Adjustment feature, which adjusts your camera’s time zone, is also available using the GP-1.
Exclusive Nikon Software — Nikon Transfer and ViewNX software packages (supplied) for a range of basic photo browsing and editing operations; Capture NX 2, Camera Control Pro 2, and Image Authentication Software (all optional) enable more advanced operation and image editing.

Rabu, 6 Januari 2010

Bersantai di Tiara Beach Resort Port Diskson











Mengambil sempena akhir tahun, kami anak beranak membawa diri ke Tiara Beach Resort PD akhir Disember lalu untuk santai dan menjauhi keriohan kota. Tiara Beach Resort ini lokasinya jauh dari Bandar Port Dickson, rasanya dah hampir sempadan Melaka. Jadi jika anda menginap disini janganlah mimpi untu berulang -alik ke pekan PD terutama pada siang hari trafik di sekitar Batu 8 Telok Kemang sangat sesak.

Sosilawati: Ceritanya kurang menarik

Usahawan kosmetik, Sosilawati Lawiya tidak pernah mendaftarkan perkahwinan terbarunya di Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand?, bukankah sebelum ini beliau mendakwa bernikah di wilayah itu pada November lalu?. MStar memetik sumber yang sahih memberitahu, mengikut senarai pendaftaran perkahwinan yang ada, tidak ada nama pasangan terbabit yang dikatakan bernikah pada 25 November 2009 berdasarkan sijil yang dikeluarkan oleh pejabat agama Songkhla, Thailand yang ditunjukkan kepada media oleh Sosilawati semalam. "Berdasarkan senarai yang ada, tiada nama Sosilawati atau suaminya," kata sumber itu lagi kepada mStar Online di sini hari ini. Wow wow, ini kes berat, Sosilawati mesti mempertahan hujah dengan segera bagi mengelak persepsi begatif masyarakat.
Menurut MStar lagi sebelum ini Sosilawati bersama peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memeberi kenyataan pada satu sidang akhbar bagi membuktikan pernikahan beliau dengan menunjukkan sijil pernikahan yang dikatakan dikeluarkan oleh pejabat agama wilayah terbabit.
Ia berikutan insiden pada malam tahun baru lalu apabila usahawan wanita terbabit ditangkap berkhalwat dengan pasangannnya di kondominium Astana Damansara di sini.

Mana-mana pasangan yang bernikah di Songkhla diwajibkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Konsulat bagi mengelakkan didenda apabila pulang ke Malaysia untuk merekodkan perkahwinan.

Ahad, 3 Januari 2010

Kahwin, Tunang, Kematian

Bermacam senario menjengah suasana tahun baru membuatkan ada yang happenning dan ada yang bersedih. So yang happy sangat tu kurangkan sikit hormati keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Serina Chef Wan: Berkahwin dengan Gavin
Solizawati: Berkahwin dengan ???
Nur Jasni Tan Sri Moamad: Berkahwin dengan Liza Mydin
Nor Aliah Lee: Bertunang dengan ???
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie: Bertunang dengan Dr Halina
Maizawati: Akan berkahwin dengan...

Jangan lupa beri penghormatan terakhir kepada keluarga mendianng Augustine Paul. Biarpun mendiang semasa hayat terbabit dalam sejarah hitam negara ketika menghakimi sesorang, hormati keluarga yang kehilangan.
Keluarga Tan Sri Mohamad Rahmat kehilangan orang tersayang bila Allahyarham menghemburkan nafas terakhir ketika tidur.
Sebelum itu rakyat Indonesia bersedih di atas kematian Allahyarham Haji AbdurRahman Wahid, bekas presiden Indonesia.

Jumaat, 1 Januari 2010

JAKIM: Hukum dye rambut

Soalan:
sy da kemusykilan cket..klu ssorg itu pkai dye rmbut,ape hukumnye??blh ke dia mnd wajib dan s0lat dgn yakin tp rmbut dia warna dye d rmbut masih ada lg???cukup ke skadar yakin je???ape langkah terbaik utk ss0rg itu myelesaikn msalah ini???.

Jawapan:
Mewarnakan rambut untuk tujuan kecantikan dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain adalah haram. Dalam keadaan tertentu seperti beruban belum tiba masanya, dibolehkan menggunakan pewarna hitam bagi menutup keaiban Oleh itu, berkenaan dengan mandi wajib, sekiranya pewarna rambut yang digunakan itu mempunyai logo halal JAKIM, dijamin bahawa ianya suci, telap air (boleh dibawa berwuduk) dan boleh dibawa ketika solat. Jadi mandi wajib sah jika menggunakan pewarna yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan. Seelok-eloknya gunakanlah barangan yang ada tanda halal JAKIM/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau barangan yang tidak mendatangkan keraguan agar dapat menghindarkan perasaan syak/ragu

Lirik syahdu: DJ Dave

Nyayian: D. J. Dave
Lagu: Biar

Biar hatiku yang terluka
Biar diriku yang terseksa
Biar begini aku ingin menyendiri
Biarpun apa yang akan terjadi

Biar diriku yang kau benci
Biar diriku kesepian
Biar derita kutempuh dengan sabar
Biar kau sedar suatu masa nanti

Oh mengapa kita saling tak sekata
Oh sakitnya hati... kita bertengkar

Seringkali kau lukaHati yang kecil ini
Menyembunyi segala rahsia
Biar pun apa yang kau lakukan
Biar kumasih menyayangi
Biar begini daku takkan peduli
Kau milikku hingga akhir nanti

Top 10 Movies

Top Box Office
1. 1.Avatar
2. 2.Sherlock Holmes
3. 3.Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel
4. 4.It's Complicated
5. 5.Up in the Air
6. 6.The Blind Side
7. 7.The Princess and the Frog
8. 8.Nine
9. 9.Invictus10.The Twilight Saga: New Moon

Ayu Raudhah: Kuatkan semangat ketepikan gosip

Baru bercinta, belum bertunang, apalagi berkahwin, badai sudah datang menemani kehidupan percintaan Ayu dan Zaquan. Ayu Raudhah, 25, kini dilanda gosip yang mengatakan hubungan cintanya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak terlerai gara-gara orang ketiga. Hubungan pasangan itu yang mula intim tahun lalu, 2009, dikatakan retak menanti belah gara-gara gosip terbaru mendakwa Zaquan dalam diam memiliki seorang lagi ‘awek’ sejak lebih dua tahun lalu. Bahkan ada gosip yang mendakwa Ayu menyerang ‘kekasih gelap’ Zaquan itu baru-baru ini iaitu ketika satu meraikan majlis sambutan hari jadi. Bila ditanya mengenai gosip itu, Ayu dengan tenang menjawab tidak pernah menyerang mahupun diserang sesiapapun bahkan menyatakan hubungannya bersama Zakuan seperti biasa dan masih lagi baik. "Saya bahagia dan tiada orang ketiga seperti didakwa sesetengah pihak, malah tidak timbul juga cerita kata saya pergi menyerang orang semata-mata berebutkan Zaquan...saya takkan buat begitu.

Tahun Masehi: perlukah disambut besar-besaran

siapa yang bertanggung jawab membawa persepsi yang salah selama ini, menjadikan sambutan tahun bari Masehi begitu dipuja, melebihi yang sepatutnya. Kalau anda ke Dataran Merdeka anda akan tahu maksud saya, atau anda mengikuti melalui siaran TV. Memang kita menggunakan tahun Masehi dalam segenap doumentasi dan aktiviti sejak merdeka dari British. Tetapi tidakkah boleh kita merdeka bersama-sama tahun kita sendiri?. Perlukah hanya pemerintahan merdeka tetapi budaya yang dibawa British tidak merdeka dan kita masih terikat hingga kini. Fikir-fikirkan..

Kedatangan Tahun Masehi 2010 disambut semeriahnya


Dalam keadaan rakyat bawahan merintih dengan kenaikan harga gula dan penarikan subsidi roti, menteri kita bergalak sakan, begitu riang menyambut tahun baru dengan pertunjukan bunga api berwarna warni, muzik dan tarian bergema sekitar Kuala Lumpur bersama berpuluh ribu orang yang tersasar dari jalan lurus, berpesta menyambut kedatangan Tahun Baru 2010. Begitu hebatnya rakyat Malaysia yang mengaku beragama Islam menyambut tahun Masehi..?., bahkan jalan-jalan utama ditutup bagi membolehkan pengunjung mengucapkan selamat tinggal kepada 2009 dan bersama-sama mengikuti kiraan detik ke Tahun Baru sambil diselangi persembahan daripada artis tempatan dan luar negara. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyertai lebih 20 ribu rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Merdeka bagi menyambut ketibaan Tahun Baru 2010 sambil menyaksikan Konsert Ambang 2010 Kuala Lumpur anjuran AmBank Group.

Gula: kenaikan harga gula bakal menaikkan harga kuih dan minuman

Harga runcit gula sudah dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, mulai hari ini. Harga baru tersebut sudah pun diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom semalam. Katanya kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai hari ini 1 Jan 2010 dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga. Dengan kenaikan ini menambahkan lagi kadar derita rakyat yang sudah pun menderiata akibat kenaikan minyak tahun lalu. Nampaknya slogan rakyat didahulukan belum menampakkan riaknya..bila saban hari rakyat di bebani bermacam kenaikan barangan. Sepatutnya kalau menghayati slogan rakyat didahulukan seperti yang berlaku di zaman khalifah dulu pihak pembesar kerajaan kena berkorban dahulu mengutip segala kemewahan mereka sebagai subsuidi keperluan rakyat. Kalau gaji menteri dinaikkan, kehidupan menteri-menteri semakin mewah tetapi dalam masa yang sama menaikkan harga barangan keperluan rakyat marhen...nanti tibalah bala dari Allah kerana kezaliman itu, Waliazubillah.

Berita terdahulu:
Gerbang 2010 dibuka dengan satu bebanan yang khas ditujukan kepada rakyat yang terbeban. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad kredit dan kad debit adalah sangat membebankan. Ini ditambah pula dengan RM25 untuk kad-kad tambahan walaupun mempunyai kredit limit yang sama

Serina Chef Wan: selamat bertunang

Malam tadi sesiapa yang memandang Serina kelihatannya seolah-olah Puteri Maghribi hadir dalm majlis itu. Suasan itu berlaku ketika dia menggayakan persalinan utama yang berkonsepkan Maghribi dengan rona hitam rekaan Jovian Mandagie ditambah pula dengan solekan Baby Elle.
Menariknya mengenai persalinan ini, persalinan itu mengikut potongan kaftan berpanel dihiasi 20 jenis manik yang pelbagai bentuk. Tiga lagi persalinan termasuk kebarung songket berwarna hijau, cheongsam bermotifkan naga, gaun petang berwarna kelabu beserta tiara dan layah ditaja oleh Butik Pengantin Nasha dari Ipoh, Perak. Majlis telah selesai menjelang tengah malam itu dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Serina dan tunangnya, Gavin Edward O'luanaigh atau Salahudin Ghafar bakal dinikahkan pada pukul 11 pagi ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Seterusnya, pasangan pengantin akan diraikan dalam majlis berinai besar pada sebelah malamnya di NEO, Jalan Sultan Ismail.